EMEL PELAJAR @isiswa.uitm.edu.my

Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang ini. tapi tahukah anda bahawa setiap mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibekalkan setiap seorang satu emel peribadi yang menggunakan domain xxx@isiswa.uitm.edu.my ?

YA. Setiap mahasiswa UiTM mempunyai emel tersebut. Penggunaan emel ini sudah wujud sejak 2009/2010 atau lebih awal lagi dan kelebihannya, emel tersebut akan tetap boleh digunakan walaupun anda sudah tamat pengajian di UiTM.

JIKA SAYA ADA, APAKAH ALAMAT EMEL SAYA?

Format username setiap pelajar adalah seperti berikut :

emel : <no. id pelajar>@isiswa.uitm.edu.my
Kata laluan : no. kad pengenalan 

Anda boleh login secara terus melalui laman emel Microsoft Office 365 di http://mail.office365.com dan boleh terus menggunakannya untuk kegunaan peribadi anda. Berdasarkan maklumat dari Infotech UiTM, emel-emel rasmi dari pihak UiTM seperti keputusan peperiksaan akhir dan lain-lain hebahan juga akan turut dihantar ke alamat emel ini, selain emel yang anda telah nyatakan di dalam Student Portal anda.

PERLUKAH SAYA MENGGUNAKANNYA?

Memang diakui bahawa format alamat emelnya yang menggunakan nombor kad pelajar tidak digemari ramai, atau mungkin kurangnya promosi dari pihak UiTM sendiri tentang perkhidmatan emel ini, tetapi setiap pelajar UiTM DIGALAKKAN untuk menggunakan emel ini secara aktif. Kenapa? Kerana peruntukan dana yang besar dibelanja oleh UiTM untuk inisiatif emel ini dan semestinya kita tidak mahu ia hanya sekadar menjadi salah satu projek 'gajah putih' UiTM. Disamping semua mahasiswa aktif menggunakan emel yang sedia ada ini, pihak pentadbiran yang terlibat juga perlu mengambil tanggungjawab untuk mempromosi penggunaan alamat emel ini dan menstruktur semula projek emel ini agar ia lebih 'mesra pelajar'.

'UiTM SENTIASA DI HATIKU'

Wan Muhammad Hasif b. Wan Hassan
Semester 2
Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi
UiTM Shah Alam

Perhatian : Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis. Berita Mahasiswa tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan yang berlaku.

Posted in:
25 Comments
Comments

25 comments:

  1. kata laluan dah tukar, bukan lagi no kad pengenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. tu lah. apa password baru dia?

    ReplyDelete
  3. apa psword baru dy ni? yg tahu share plss

    ReplyDelete
  4. apa password baru dia ya? guna no kad pengenalan tak boleh pun.

    ReplyDelete
  5. Password barunya korang punya password student portal ler..

    ReplyDelete
  6. still tak boleh log in
    either guna ic number or password student portal . both x boleh . camane tuuu

    ReplyDelete
  7. Alhamdullilah, saya dah jumpa dah jalan penyelesaiannya. Sebenarnya emel ini masih boleh digunakan lagi. Pada pendapat saya, salah satu sebab mengapa kita tidak boleh login adalah password emel itu sendiri. UiTM jadikan no I/C kita sebagai password emel. Sekarang, Microsoft meletakkan syarat bahawa password tersebut hendaklah mengandungi huruf kecil, huruf besar serta nombor atau simbol dan juga tidak boleh mengandungi no ID dan I/C.

    Oleh itu, caranya adalah kita kena tukar password emel tu. Bagaimana? Folow step by step di bawah. Korang juga boleh rujuk panduan yang saya sediakan bersertakan screenshot di dalam fail .pdf ini,
    https://drive.google.com/open?id=0ByLaPyNz6-joYlkyRzRvZ0kxTkU

    1.Pergi ke laman emel https://portal.office.com.

    2.Seperti mana korang login menggunakan emel @isiswa.uitm.edu.my dengan password no I/C korang, dia kata “We don’t recognize this user ID or password”, betul? Klik “Can’t access your account?” di bawah situ

    3.Taipkan huruf & nombor yang terdapat dalam gambar tujuannya untuk membuktikan korang bukan robot. Kemudian klik “Next”

    4.Lepas tu dia kata “We couldn’t verify your account”. Jangan risau. Di bawah tu, “If you’d like, we can contact an administrator in your organisation to reset your password for you”. Klik “contact an administrator”

    5.Kemudian dia kata “Your admin has been notified”. Microsoft akan hantar satu mesej ke dalam emel korang. Pastikan emel itu adalah “current email” yang korang masukkan dalam student portal. Tunggu sehingga lebih kurang 6 jam/esok/lusa/atau lebih lama barulah korang terima mesej tersebut. Jika bernasib baik, mungkin korang dapat lebih awal

    6. Apabila dah dapat mesej tu, korang akan nampak “temporary password”. Sekarang pergi semula ke laman emel https://portal.office.com

    7.Kali ni login menggunakan temporary password tersebut.

    8.Untuk tukar password, seperti yang saya kata sebelum ini, Microsoft tidak benarkan guna nombor ID dan I/C. Masukkan password yang mengandungi huruf kecil, huruf besar serta nombor atau simbol

    9.PERHATIAN : Ada sebahagian daripada korang akan menerima emel yang mengandungi kod untuk “verify” email “@isiswa.uitm.edu.my” masing – masing. Dan juga kalau diminta “authentication email”, masukkan email peribadi yang biasa dan bukan email @isiswa.uitm.edu.my

    Jika ada sebarang pertanyaan bolehkan whatsapp saya +6016-741 7928 atau Instagram @hafizulhelmijahroni . Sekian, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. PEMBETULAN!!! PEMBETULAN!!! DARIPADA NOMBOR 9 ATAU DOWNLOAD FAIL .PDF YANG SUDAH SAYA PERBETULKAN,
      https://drive.google.com/open?id=0ByLaPyNz6-joa2pIeGhmdFZwUjg

      Selepas korang tukar password & klik “update password and sign in”, klik “set it up now”.

      Bila korang pergi ke page baru, dekat situ ada tulis “Authentication email is not configured”. Klik “Set it up now”

      Untuk “authentication email”, masukkan email peribadi yang biasa dan bukan email @isiswa.uitm.edu.my . Klik “email me” untuk menerima emel yang mengandungi kod untuk “verify” email masing - masing. Saya mohon maaf kerana saya telah kata “sebahagian” tetapi SETIAP ORANG.

      Delete
    2. "The user ID you entered does not exist. Please check that you have typed your user ID correctly."

      Ni jer yang dapat.

      Delete
    3. "The user ID you entered does not exist"? Ni masa nk login, eh? Dah cuba klik "Can't access your account?"? Atau awak baru daftar UiTM?

      Delete
    4. Atau juga awak sudah habis pengajian kat UiTM ni?

      Delete
    5. Salam, saya juga begitu.. "the user does not exist" saya student baru.. bagaimana ya?

      Delete
    6. saya sampai ke step ke 3 shj..step ke 4 takde..

      Delete
  8. Salam. Saya dah try ikut steps ni, tapi stuck dkt update password. "that is not your current password" katanya. Saya isi no ic. Password current tu yg temporary pass ke cemana? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni masa selepas klik "can't access your account?" & nak login semula, kan? Ya, kena masukkan temporary password tu. Nak dapat emel yg ada temporary password tersebut kena tunggu smpai esok/2-3 hari atau lama lagi. Lepas dh masukkan temporary password, kita diminta tukar password, betul? Password jgn lagi guna nombor I/C. Paling mudah sekali guna saje password student portal

      Sekali lagi, untuk lihat panduan yg lebih ringkas & besertakan screenshot, boleh pergi ke link https://drive.google.com/open?id=0ByLaPyNz6-joa2pIeGhmdFZwUjg

      Saya mohon maaf jika panduan yang saya berikan ini kurang difahami. Hanya itu sahaja yang saya mampu. Sekian, terima kasih

      Delete
    2. Lagi sekali. Masa ni awak dah tukar password ke belum? Kalau belum tukar password, maknanya current password ialah temporary password tersebut

      Delete
  9. Kalau x lepas mungkin trsalah website. Mana satu website korang prgi:

    1) https://www.office.com/?omkt=en-my
    2) https://www.officeppe.com/

    Dua2 website nmpk sama. Yg second tu saya cuba login guna acc saya dia kata "We couldn't find an account with that username". Tapi yg first tu lepas.

    Kalau x lepas jugak, apa yg saya boleh kata ialah mungkin skrng punya update beri masalah lain drpd waktu saya tulis komen yg first skali thn 2016

    ReplyDelete
  10. Nak tanya saya tak boleh nk sign in. "The user ID you entered does not exist. Please check that you have typed your user ID correctly." ini je yang keluar.apa perlu saya buat ya?

    ReplyDelete
  11. Saya mula masuk UiTM 2019 ambil Diploma Sains lepas tu saya quit dan ambil Asasi untuk sesi 2020, jadi saya ada dua Student ID bermula dengan 2019 dan 2020. Yang 2019 boleh access, yang no kad pelajar 2020 pulak yang tak bolehnya...Pelik2...

    ReplyDelete
  12. Thanks.Maklumat yang sangat bernilai. Saya terfikir mengenai hal ini apabila memerlukan email di bawah university untuk permohonan jurnal. Jurnal tersebut tidak boleh diakses spt biasa. Pihak laman sesawang memerlukan email berdaftar universiti untuk memuat naik jurnal yang diminta. Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  13. Nampak leceh, tapi sangat berguna kepada pelajar yang belajar secara atas talian akibat pandemik Covid-19. Proses pengajian paling mencabar setakat ini.

    ReplyDelete
  14. Assalam nak tanya madam mana nak buka inbox email uitm ni yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. outlook.com

      Here is an example.

      Name: Muhammad Farhan
      Student ID: 2017123456

      Default password will be: Mu@123456

      Delete

Komen yang diutarakan melalui portal ini adalah milik peribadi. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Berita Mahasiswa. Komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komen yang melampau dan berbaur perkauman.