MAYAT 7 TAHUN MASIH SEGAR
Oleh : Aminuddin Hashim
SEGAMAT
- Kerja-kerja mengalihkan kubur di Kampung Batu Badak, Gemereh yang terlibat
dengan pembinaan Expressway Segamat – Tangkak
telah membuktikan kebenaran janji Allah apabila 3 kubur yang hendak dipindahkan
mengandungi jenazah yang masih kukuh dan elok baik dari segi jasad mahupun kain
kafannya.
Menurut En Jalaluddin, pekerja Jabatan Kerja Raya yang
terlibat dengan proses pemindahan kubur tersebut, salah satu jenazah yang telah
dikuburkan selama 11 tahun itu merupakan guru mengaji Al-Quran semasa hayat
hidupnya. Menurutnya lagi, 3 jenazah yang masih dalam keadaan elok itu sudah
dikebumikan antara 7 sehingga 11 tahun. Beliau juga berkata, semasa proses
mengeluarkan jenazah tersebut, bau harum semerbak menerpa ke hidung
masing-masing.
Kubur ini terletak ditepi jalan utama dan menjadi laluan
utama yang menghubungkan mahasiswa UiTM Cawangan Johor (UiTM) dengan pusat
bandar Segamat.
0 comments for "MAYAT 7 TAHUN MASIH SEGAR"
Leave a reply