UiTM JOHOR SASAR 400 PELAJAR
SEGAMAT, 5 NOVEMBER – Universiti Teknologi
MARA Cawangan Johor mensasarkan kira-kira 400 pelajar yang akan mendaftar
sebagai peserta Minggu Destini Siswa UiTM Cawangan Johor bermula 16 November
ini.
Penolong
Pendaftar Hal Ehwal Akademik (HEA) UiTM Cawangan Johor, Mohd Fadil Yusof,
berkata persediaan HEA setakat ini dalam keadaan baik dan terkawal. HEA akan
menjalankan tugas sebaik mungkin untuk memastikan keselesaan dan kemudahan
pelajar sewaktu hari pendaftaran akademik nanti.
Bagi pihak
Unit Pengurusan Kolej (UPK), isu utama pada setiap kali kemasukan pelajar
adalah isu penempatan. Presiden Kolej Sektor A, Idi Amin Zainuddin ketika
dihubungi menyatakan bahawa pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) bersedia
dalam apa jua keadaan yang akan berlaku kelak.
“Untuk
peringkat awal, kami memang bersedia dengan sebarang kemungkin yang bakal
berlaku daripada ibu bapa untuk pelajar baru yang dijangka kira-kira 200
pelajar untuk penempatan Sektor A. Bagi pendaftaran pelajar lama, proses rayuan
akan dibuat pada 23 dan 24 November ini,” tambahnya.
“Kami
menjangkakan banyak rayuan akan dibuat dan jumlah penempatan yang disediakan
adalah terhad kerana dua blok dari Suluk Belingkung (SB) akan ditutup untuk
kemasukan pelajar Ijazah dan transit. Jadi, pihak kami bersedia atas sebarang
kemungkinan.”
Naib Yang Di
Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Muhammad Daniel Azahari pula berkata
bahawa seramai 60 orang pemimpin mahasiswa akan menjadi tulang belakang kepada
perjalanan Minggu Destini Siswa yang akan bermula 16 November ini. Pihak MPP
juga bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Foto bobuitmjohor.blogspot.com
Posted in:
Kampus
0 comments for "UiTM JOHOR SASAR 400 PELAJAR"
Leave a reply