BN YAKIN TAWAN SUNGAI LIMAU



Sumber gambar : The Star

SUNGAI LIMAU, 4 NOVEMBER – Barisan Nasional (BN) hari ini yakin bahawa pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) N20 Sungai Limau akan memilih BN sebagai pemimpin mereka untuk pilihan raya kecil (PRK) kali ini. Calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi bin Lazim, yakin mampu membuat kejutan pada PRK kali ini.

PRK itu adalah PRK yang kedua diadakan selepas pilihan raya umum Mei lalu atas kematian ADUN Sungai Limau, Tan Sri Dato’ Seri Azizan Abdul Razak yang juga bekas menteri besar Kedah pada 26 September lalu.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Paduka Mukhriz Tun Dr. Mahathir, dipetik berkata, beliau akan melantik diri sendiri sebagai ADUN angkat bagi kawasan tersebut sekiranya BN menang di kerusi tersebut.


Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh, menjangkakan keputusan akan diumumkan seawal jam 10.00 malam, hari ini. PRK N20 Sungai Limau menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi bin Lazim, dan calon PAS, Mohd Azam bin Abd Samat.

Posted in: ,

0 comments for "BN YAKIN TAWAN SUNGAI LIMAU"

Leave a reply

Komen yang diutarakan melalui portal ini adalah milik peribadi. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Berita Mahasiswa. Komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komen yang melampau dan berbaur perkauman.